Syariat Islam dan Keterbatasan Demokrasi - Komentar - JIL Edisi Indonesia
Halaman Muka
Up

 

Kolom
05/08/2001

Syariat Islam dan Keterbatasan Demokrasi

Oleh Saiful Mujani

Demokrasi punya keterbatasan untuk menampung semua aspirasi primordial yang antagonistik itu. Demokrasi tidak punya kekuatan yang cukup untuk mengakomodasi kekuatan mayoritas primordial agar norma-norma primordialnya diberlakukan sebagai kebijakan publik yang ditegakkan negara, misalnya lewat lembaga pengadilan dan kepolisian.

05/08/2001 08:04 #

« Kembali ke Artikel

Komentar

Komentar Masuk (1)

(Tampil semua komentar, ascending. 20 komentar per halaman)

Halaman 1 dari 1 halaman

Demokrasi adalah agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah agama yang didasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang syirik dan kufur, atau lebih tepat, AQIDAHnya (Aqidah Demokrasi) yang syirik dan kufur yang terdiri daripada ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA yang berkontradiksi secara total dengan Aqidah Islam, iaitu Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaailallah. Faktor yang menjadi asas kepada AQIDAH DEMOKRASI ialah undang-undang demokrasi yang diciptakan oleh manusia dan yang ditaati oleh manusia, manakala asas kepada AQIDAH ISLAM ialah undang-undang yang diciptakan oleh Allah dan yang ditaati oleh manusia. Justeru, Aqidah demokrasi sudah semestinya berkontradiksi secara total dengan Aqidah Islam, dan inilah faktor yang utama dan mutlak yang menyebabkan demokrasi ini adalah layak dan wajar untuk disifatkan sebagai agama yang syirik dan kufur di sisi Laailaahailallah.
Prinsip-prinsip syura, ijma’, egalitarianism, kebebasan dan pluralism dalam Islam adalah bersumberkan daripada wahyu yang sama sekali berbeza dengan prinsip-prinsip yang sama yang wujud dalam sistem demokrasi, iaitu prinsip-prinsip ciptaan manusia yang diasaskan kepada nilai-nilai dan neraca-neraca pertimbangan daripada manusia. Dalam pada itu, prinsip-prinsip syura, ijma’, egalitarianism, kebebasan dan pluralism yang sedang diperkatakan ini, baik dalam Islam mahupun dalam demokrasi, bukanlah AQIDAH, dan justeru prinsip-prinsip ini sudah semestinya bukanlah faktor-faktor yang boleh menentukan status Islam ataupun kufurnya demokrasi atau mana-mana fahaman ciptaan manusia yang lain. Justeru, kewujudan atau ketiadaan prinsip-prinsip ini dalam sistem politik demokrasi, tidak boleh dijadikan faktor-faktor yang menentukan Islam atau kufurnya sistem politik demokrasi kita ini. Status Islam ataupun kufurnya sistem politik demokrasi kita ini hanyalah ditentukan oleh AQIDAH, iaitu samada ianya adalah diasaskan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah ataupun Uluhiyah dan Rububiyah Manusia sahaja, dan tidak faktor-faktor ataupun unsur-unsur yang selain daripadanya.
Umat Islam kita yang mengamalkan agama demokrasi serta mereka menyetujui dan meredhainya adalah orang-orang yang terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran kerana : 

1.  Mereka mengamal, mengimani dan menganuti AQIDAH dan AGAMA yang syirik dan kufur;
2.  Mereka mengiktiraf dan mengakui bahawa demokrasi ini adalah benar atau serasi dengan Islam;
3.  Mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;
4.  Mereka melantik manusia sebagaiTuhan-tuhan yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;
5.  Mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia.

Bagi memelihara dan mempastikan kesempurnaan Aqidah Islam kita, Allah memerintahkan kita supaya :

1.  Kita hendaklah mempercayai dan mengakui bahawa demokrasi ini adalah satu agama manusia yang syirik dan kufur;
2.  Kita tidak mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur;
3.  Kita hendaklah mengkufur ingkarkan agama demokrasi ini serta kita hendaklah memusuhi dan membencinya (4:60; 60:4);
4.  Kita hendaklah melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesebuah kerajaan demokrasi sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah (2:193,22:40).

#1. Dikirim oleh Wan Solehah al-Halbani  pada  26/09   06:40 AM
Halaman 1 dari 1 halaman

comments powered by Disqus


Arsip Jaringan Islam Liberal ini dipersembahkan oleh Ahmad Abdul Haq